Plumber Taman Melawati, UK Perdana & Keramat

PLUMBER & TUKANG BUMBUNG

Kuala Lumpur & Selangor

Kembali ke Halaman Utama

Servis Plumber, Tukang Paip Dan Tukang Bumbung Taman Melawati, UK Perdana & Keramat

Kami menyediakan perkhidmatan plumber dan tukang bumbung untuk kawasan Taman Melawati, UK Perdana, Keramat dan kawasan sekitarnya.

Ada paip bocor, sinki dapur tersumbat atau bumbung bocor bila hujan? Kami boleh periksa punca masalah dan buat pembaikan. Kami juga menukar pili sinki dapur dan mangkuk tandas serta membuat waterproofing slab bumbung konkrit.

Antara kerja yang kami jalankan termasuk membaiki paip bocor, sinki tersumbat, tandas tersumbat, pemasangan tangki air, waterproofing lantai bilik air dan waterproofing slab bumbung.

WhatsApp Sekarang Booking Lihat Galeri

Perkhidmatan Kami

Servis Paip, Sinki dan Tandas

Pembaikan dan Pemasangan Bumbung

Kami membaiki bumbung bocor dan memasang bumbung baharu. Kerja pembaikan termasuk menukar genting pecah, membaiki perabung dan talang air, serta membaiki atau mengganti L-flashing pada sambungan antara bumbung dengan dinding.

Waterproofing Slab Bumbung

Slab retak, lapisan kalis air mengelupas dan air bertakung ialah antara masalah yang kami periksa apabila siling di bawah mula lembap atau menitis. Selepas mengenal pasti punca, kami bersihkan permukaan, baiki retakan mengikut keadaannya dan semak aliran air sebelum menyapu lapisan kalis air yang sesuai.

Waterproofing Lantai Bilik Air

Tompok lembap, kulat atau titisan air pada siling di tingkat bawah boleh menjadi tanda kebocoran dari bilik air. Kami periksa lapisan kalis air, sambungan di sekeliling lubang saliran lantai (floor trap) dan paip. Jika ada bau kurang menyenangkan, kami turut periksa perangkap air dan saliran.

Jika lantai perlu dibuat semula, kerja boleh meliputi membuka jubin lama, membentuk semula cerun ke lubang saliran, menyapu lapisan kalis air SikaTop Seal-107 dan memasang jubin baharu.

Kawasan Perkhidmatan

Kami menerima pertanyaan kerja di:

Hubungi kami untuk berbincang tentang jenis kerosakan, lokasi dan anggaran kos kerja.

Hubungi Plumber Taman Melawati

Ada masalah paip bocor, sinki tersumbat, tandas tersumbat atau kebocoran bumbung? Hubungi kami melalui WhatsApp.

Hubungi Kami Melalui WhatsApp Kembali ke Halaman Utama
Booking WhatsApp