Servis Plumber di Setapak & Wangsa Maju
Kami menyediakan servis pembaikan paip, pemasangan tangki air, pembaikan bumbung dan waterproofing untuk rumah di Setapak, Wangsa Maju dan kawasan berhampiran.
Hantar gambar masalah melalui WhatsApp untuk perbincangan awal atau pilih Booking untuk memohon tarikh lawatan.
Perkhidmatan Kami
Servis Paip, Sinki dan Tandas
- Baiki paip bocor di dapur, bilik air dan bawah bumbung.
- Pasang atau tukar pili air, sinki dapur, sinki bilik air dan mangkuk tandas.
- Tukar perangkap sinki (trap) dan baiki saluran sinki atau tandas tersumbat.
- Pasang laluan paip baharu mengikut kegunaan, seperti PPR atau HDPE untuk bekalan air dan uPVC untuk saluran buangan.
- Pasang atau tukar tangki air serta sambungan paipnya.
Pembaikan dan Pemasangan Bumbung
Kami membaiki bumbung bocor dan memasang bumbung baharu. Kerja pembaikan termasuk menukar genting pecah, membaiki perabung dan talang air, serta mengganti L-flashing pada sambungan bumbung ke dinding.
Waterproofing Slab Bumbung
Jika siling di bawah lembap atau menitis selepas hujan, kami periksa retakan pada slab, lapisan kalis air yang mengelupas dan tempat air bertakung. Selepas mengenal pasti punca, kami bersihkan permukaan, baiki retakan mengikut keadaannya dan semak aliran air sebelum menyapu lapisan kalis air yang sesuai.
Waterproofing Lantai Bilik Air
Tompok lembap, kulat atau titisan air pada siling di tingkat bawah boleh menjadi tanda kebocoran dari bilik air. Kami periksa lapisan kalis air, sambungan di sekeliling lubang saliran lantai (floor trap) dan paip. Jika ada bau kurang menyenangkan, kami turut periksa perangkap air dan saliran.
Jika lapisan kalis air perlu dibuat semula, kerja boleh meliputi membuka jubin lama, membentuk cerun ke lubang saliran, menyapu SikaTop Seal-107 dan memasang jubin baharu.
Kawasan Perkhidmatan Setapak
Kami menerima pertanyaan kerja di Setapak dan kawasan sekitarnya, termasuk:
- Setapak
- Taman Setapak
- Danau Kota
- Wangsa Maju
- Jalan Genting Klang
- Taman Melawati
- Gombak
Pengangkutan percuma untuk lokasi dalam lingkungan 10 km dari Kg Klang Gates Baru. Kawasan lebih jauh tertakluk kepada perbincangan.
Galeri Kerja Sebenar
Lihat gambar dan video kerja pembaikan paip, tangki air, waterproofing dan pemasangan jubin di laman web utama kami.
Lihat Galeri KerjaHubungi Plumber Setapak
Ada masalah paip bocor, sinki tersumbat atau kebocoran bumbung? Hantar gambar dan maklumat lokasi melalui WhatsApp untuk pertanyaan.
Tanya Harga Melalui WhatsApp