Plumber Gombak Dan Selayang

PLUMBER & TUKANG BUMBUNG

Servis Paip dan Pembaikan Rumah

Kembali ke Halaman Utama

Kawasan Perkhidmatan

Kawasan perkhidmatan termasuk Gombak, Selayang, Selayang baru, Batu Caves, Taman Melawati, Setapak, Wangsa Maju dan kawasan berhampiran.

Servis Plumber di Gombak Dan Selayang

Servis Plumber & Tukang Bumbung di Gombak Dan selayang Meter air masih berpusing walaupun semua pili ditutup? Kami boleh periksa paip rumah untuk cari punca kebocoran. Kami juga membaiki paip bocor, memasang paip air baharu dan menukar tangki air. Bumbung bocor bila hujan? Kami membaiki kebocoran pada rabung, flashing dan sambungan bumbung. Kami juga membaiki rekahan dan membuat waterproofing slab konkrit. Aksesori bilik air. Kami memasang dan menukar pili air, sinki bilik air serta mangkuk tandas. Kami juga membantu membuka sumbatan tandas. Aksesori dapur. Kami menukar pili sinki dapur, mengganti perangkap sinki (trap) dan membuka sumbatan sinki dapur. Kami menyediakan perkhidmatan pembaikan paip, sinki, tandas dan sistem bekalan air untuk rumah di Gombak selayang, dan kawasan sekitar.

Pelanggan boleh menghantar gambar masalah melalui WhatsApp untuk perbincangan awal.

WhatsApp Sekarang Booking

Servis Paip, Sinki dan Tandas

Pembaikan dan Pemasangan Bumbung

Kami membaiki bumbung bocor dan memasang bumbung baharu. Kerja pembaikan termasuk menukar genting pecah, membaiki perabung, membaiki atau menukar L-flashing pada sambungan bumbung dengan dinding, serta membaiki sambungan talang air yang bocor.

Waterproofing Slab Konkrit

Tanda masalah pada slab termasuk retak halus, lapisan kalis air mengelupas, air bertakung dan tompok lembap pada siling di bawah. Kami periksa punca kebocoran, bersihkan permukaan, baiki retak yang sesuai dan semak aliran air sebelum menyapu lapisan kalis air. Kaedah pembaikan bergantung pada keadaan slab dan jenis retakan.

Waterproofing Lantai Bilik Air

Siling di tingkat bawah yang lembap, berkulat atau menitis boleh menjadi tanda kebocoran dari bilik air. Antara punca yang kami periksa ialah lapisan kalis air yang rosak, sambungan di sekeliling lubang saliran lantai (floor trap) dan paip yang bocor. Jika bilik air berbau kurang menyenangkan, kami turut periksa perangkap air dan saliran.

Jika lapisan kalis air lantai perlu dibuat semula, skop kerja boleh merangkumi membuka jubin lama, menyediakan semula permukaan dan cerun ke lubang saliran, menyapu lapisan kalis air dan memasang jubin semula.

Galeri Kerja Sebenar

Lihat gambar dan video kerja pembaikan paip, tangki air serta waterproofing yang telah dijalankan.

Lihat Website dan Galeri

Hubungi Plumber Gombak Dan Selayang

Ada masalah paip bocor, sinki tersumbat atau tangki air? Hubungi kami melalui WhatsApp untuk perbincangan lanjut.

Hubungi Melalui WhatsApp Kembali ke Halaman Utama
Booking WhatsApp